Wednesday, February 22, 2012

California Pizza Kitchen

Saya pernah kenal restoran California Pizza Kitchen buat kali pertama melalui TV. Saya hendak makan di restoran itu. Selepas beberapa tahun yang lalu, saya dapat makan di restoran itu pada bulan ini.


Jika anda pencinta pizza, anda boleh mencuba di restoran California Pizza Kitchen. Calfironia Pizza Kitchen disebut sebagai Dapur Pizza Calfironia dalam bahasa Melayu tetapi nama bahasa Melayu tidak digunakan secara rasmi. Nama California berkaitan dengan Amerika Syarikat. Saya rindu akan pizza buatan Amerika Syarikat.

Saya dan Chai Yun telah membeli dua keping kupon Groupon tentang satu pizza Califironia Pizza Kitchen. Kupon Groupon itu membolehkan kami membayar pizza 10' pada harga lebih rendah.

Shoba dan Suresh menyertai kami makan di cawangan Bukit Bintang.


Persekitaran restoran itu sungguh sederhana. Stail restoran itu juga moden. 

Kami berbincang untuk memilih dua jenis pizza. 1. Hawaiian BBQ Chicken. 2. Tidak ingat nama. Saya tidak simpan resit. Terdapat keju dan hirisan tomato pada pizza kedua itu. 

Pizza kedua (atas) manakala Hawaiian BBQ Chicken (bawah)


Saya memesan segelas air sejuk. Segelas air sejuk berharga RM1. Minuman lain benar-benar mahal.

Lapisan bawah pizza susah dipotong sehingga memerlukan banyak tenaga. Kedua-dua pizza itu nampaknya nipis seperti pizza buatan AS. Pizza Hawaiian BBQ Chicken memang sedap sebelum ditambah. Pizza kedua itu juga boleh tahan sebelum ditambah. Hirisan tomato kurang berjus. Selepas saya menambah serbuk keju, lada merah, sos pedas dan sejenis rempah ratus pada pizza, rasa berbeza sedikit berbanding dengan rasa asal pizza. Sos pedas dan serbuk lada merah yang menambah rasa pizza. Serbuk keju menambah rasa masin dalam pizza. Kedua-dua pizza yang rangup dimakan.

Harga bagi semua makanan dan minuman yang ditambah dengan caj perkhidmatan dan cukai kerajaan.

Califiormia Pizza Kitchen
Lot 2.02 (01-02) Level 2, Fahrenheit 88, 179
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


0 comments: